PUTRAJAYA: Malaysia dan Bangladesh hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pekerja Bangladesh untuk berkhidmat di negara ini, berkuatkuasa selama lima tahun sehingga Disember 2026.
MoU itu ditandatangani Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan dan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Imran Ahmed di ibu negara.
Saravanan berkata MoU tersebut menggariskan tanggungjawab kedua-dua negara termasuklah berkaitan majikan Malaysia dan pekerja Bangladesh serta tanggungjawab agensi-agensi pekerjaan swasta di kedua-dua negara.
"MoU ini adalah susulan daripada kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri agar ia dimuktamadkan segera kerana memorandum MoU terdahulu telah tamat tempoh pada 17 Februari lepas," katanya dalam kenyataan susulan pemeteraian memorandum itu.
Beliau berkata pelaksanaan MoU itu akan dikawal selia oleh satu Kumpulan Kerja Bersama (JWG) yang dianggotai oleh kedua-dua negara.
Saravanan berkata sehingga 30 Nov lepas, sejumlah 326,669 rakyat Bangladesh bekerja di Malaysia dengan jumlah majoriti di sektor perkilangan (111,694 orang) dan sektor pembinaan (136,897 orang).
"Pemeteraian MoU ini dijangka dapat menampung keperluan mendesak untuk guna tenaga asing termasuk di sektor perladangan yang telah pun diluluskan oleh Jemaah Menteri sebanyak 32,000 orang secara pengecualian khas.
"Hal ini kerana terdapatnya kekangan bagi kemasukan pekerja warga Indonesia bagi sektor perladangan sehinggalah MoU berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) dimeterai," jelas beliau.
Saravanan berkata Kementerian Sumber Manusia juga menetapkan bahawa majikan, yang ingin menggajikan pekerja asing, perlu menyediakan kemudahan perumahan atau penginapan seperti mana yang terkandung dalam Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446).
"Ini bagi menangani elemen buruh paksa yang berkaitan dengan kemudahan penginapan atau perumahan pekerja," katanya.
Selaras dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Dis lepas untuk membenarkan pengambilan pekerja asing dibuka untuk semua sektor, beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi kemasukan pekerja asing ke semua sektor telah diperkemas dan ditambah baik.
SOP itu merangkumi empat fasa iaitu prapelepasan, semasa ketibaan, selepas ketibaan (tempoh kuarantin) dan pasca kuarantin.
Fasa prapelepasan termasuklah aspek keperluan vaksinasi lengkap COVID-19 di negara sumber dan ujian saringan RT-PCR dilakukan dua hari sebelum pelepasan.
Dalam fasa ketibaan, pekerja warga asing cuma dibenarkan melalui satu pintu masuk antarabangsa iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi laluan udara.
Saravanan berkata Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian serta Rantau Panjang adalah laluan darat yang terhad kepada kru bot penangkapan ikan rakyat Thailand.
"Bagi fasa selepas ketibaan iaitu tempoh kuarantin, pekerja asing akan ditempatkan di pusat kuarantin di Lembah Klang selama tujuh hari di mana ujian saringan akan dibuat pada hari kedua dan kelima tempoh kuarantin.
"Dalam fasa pasca kuarantin pula, pekerja warga asing akan dibawa ke tempat kerja masing-masing dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema)," katanya.
Kemasukan pekerja asing termasuk rakyat Bangladesh akan dipantau ketat berdasarkan SOP itu oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021
MoU itu ditandatangani Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan dan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Imran Ahmed di ibu negara. - Foto: Facebook Kementerian Sumber Manusia
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah Jawatankuasa Bersama Dalam Perdagangan kepada Suruhanjaya Bersama
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menganjurkan penglibatan perniagaan dua hala secara kerap.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
Malaysia, Uzbekistan akan teroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia
Malaysia dan Uzbekistan bersetuju untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih.
Malaysia, Uzbekistan boleh bekerjasama teroka bidang baharu pendigitalan, peralihan tenaga
Perdana Menteri berkata kedua-dua negara juga boleh menjalin kerjasama yang baik dalam sektor halal, perbankan dan teknologi makanan.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.